Assalamualaikum w.b.t
"susahkan untuk mencari sahabat yang betul2 memahami dan yang betul2 boleh dipercayai" bak kata pepatah 'kawan ketawa senag dicari, kawan menangis susah didapati'
haaaaa... tapi kita kena ingat.. adakah kita dah cukup baik untuk dapatkan kawan macam tu.. try reflect balik diri kita. macam mana kita layan kawan kita, macam mana kita pegang amanah dia. Adakah kita sudah cukup baik untuk Allah kurniakan kawan yang baik? sebenarnya apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita telah sumbangkan. pernah dengar pepatah inggeris ni? "what u give u will get back" so kalau kita buat baik, semestinya kita akan mendapat yang baik.
Bukan apa, aku dulu pn pernah hampir2 kehilangan seorang sahabat kerana kebodohan diri. Kerana kesilapan kecil yang kawan aku buat. Tapi mungkin ada silap aku jugak. Bila aku dapat tahu kawan aku ambil keputusan untuk pindah sekolah atas desakan keluarga, baru itu aku sedar aku akan kehilangan kawan aku jika aku tak minta maaf. Alhamdulillah sekarang kami dah kawan seperti dulu walaupun tidak seerat dahulu. So, andai kata sahabat kita buat silap, tegurlah seelok mungkin, jgn pernah meninggalkan mereka dan jangan pernah sakiti mereka.
Jagalah sahabatmu, sebagaimana kamu menjaga diri kamu sendiri. Mmg diwaktu mereka ada kamu tidak akan rasa bernilainya mereka, ttp bila mereka jauh disaat itulah kamu akan sedar betapa berharganya seorang sahabat.
~Free advice, take it or leave it...