MUSIC

Friday, 10 March 2017

Appreciation

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat <3

Lama sudah jari ini tidak menari diatas keyboard untuk meluahkan coretan hati si pendosa ini.
...
Sebenarnya, coretan ini untuk aku luahkan rasa bersyukur serta bersalah aku kepada insan disekeliling yang menyayangi diri ini.
...
pertama sekali, aku bersyukur begitu ramai orang yang menyukai diri ini, walaupun diri ini tidak seberapa dan tidak sebaik yang disangka. Tidak lupa juga kepada insan yang membenci diri ini, kerana tanpa kalian juga aku tidak berada disini untuk meluahkan isi hati. Aku bersyukur ditemukan dengan kalian semua, terima kasih diatas kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan. Hanya Allah yang bisa membalas kasih sayang kalian.
...
Kepada sahabat-sahabat sekalian, terima kasih diatas semua kenangan bersama. Maafkan aku kerana aku bukan sahabat yang kalian harapkan, dan aku bukan manusia sebaik yang kalian gambarkan. Doakan aku menjadi manusia seperti gambaran kalian ya. Aku sayang kalian kerana Allah. semoga persahabatan ini kekal kesyurga.
...
Kepada kamu, maafkan diri ini kerana telah mengecewakan kamu. Bukan niat aku untuk permainkannya.
...
To my beloved ma dan abah, maafkan anakmu ini, kerana sentiasa menambah beban kalian. Semoga Allah ampunkan segala dosa ma dan abah.
...
Andainya aku pergi dulu sebelum kalian, maafkanlah diri ini yang begitu banyak dosa. Sungguh aku tersiksa untuk lari dari membuat dosa. Maffkan aku kerana tidak sebaik yang kalian harapkan.


Yang Berdosa,
~Tinta Seorang Pendosa~