MUSIC

Saturday, 21 November 2015

Nukilan Hati Seorang Pendosa


Tanggal 20hb November 2015,
berita yang sampai ibarat sebutir bomb nuklear yang singgah di hati setiap ahli keluarga aku.
Aku tidak menyangka yang keluarga aku akan menghadapi situasi seperti ini. tidak pernah sama, tidak sama sekali. Aku tidak menyangka, sngt2 tidak menyagka.

Aku berharap, setiap ahli keluargaku mampu menghadapi semua ini, kerana aku tahu, janji Allah itu pasti. "Allah tidak akan membebani seseorang hamba dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung.." Tetapi aku sangat terkilan kerana aku tidak mampu menemani ahli keluarga yang lain dirumah, kerana semester aku masih belum tamat.

Ya Allah, kau kuatkanlah hati setiap ahli keluargaku untuk mendepani cabaran ini. Mungkin ini juga balasan diatas kesilapan, kealpaan kami sendiri, dan Kau ampunkanlah dosa setiap dari kami. Sesungguhnya kami hanya bergantung kepadaMu. Ya Allah, aku tidak sanggup melihat titisan air mata kedua ibu bapaku. Kau kuatkanlah mereka, kau sihatkanlah mereka..

Kekadang aku malu kepadaMu, kerana aku sentiasa leka disaat kesenanganku, tetapi aku tahu, Kau tidak pernah melupakan hambaMu, dan aku berharap mulai dari saat ini, tiada lagi kelekaan disetiap hari2ku. Bila sekali fikir, aku bersyukur dengan dugaan yang menimpa, kerana aku tahu pasti Kau merindui tangisan dan rayuan dari kami, yang mungkin sudah lama meniggalkanMu.

Allah... jangalah Engkau lalaikan hati kami dgn kesenagan dunia yang Engkau limpahkan. kerana sesungguhnya kami tidak kuat. 

Ya Allah.. Kau ampunkanlah dosa aku, dosa keluargaku, dosa kedua ibu bapaku. Aku tahu, aku adalah seorang hamba yang sentiasa leka, sentiasa membuat dosa. Kau kuatkanlah hatiku semoga aku terus istiqomah dalam mencari keredhaanMu. 

Amiin... Ya Rabb

-Luahan Hati Seorang Pendosa-

Friday, 20 November 2015

Niqab?!

Assalamualaikum wbt. semuaaa..

Soal niqab ni, sy tidak tahu sangat, kerana saya bukan niqobis, tetapi saya juga tengah buat reseach ttg niqab ni... Saya sngt teringin untuk pakai niqab ttp, hati tidak kuat lagi. mugkin suatu hari nanti saya akan menjadi seorang 'niqobis' doa2kan ya sahabat semua. Memandangkan saya masih buat research lagi ttg niqab ni.. Ni saya share link ttg perkongsian Ukhty2 yang dah berniqab... 

Check it out....

Fatwa Hati
Kisah Wanita Berniqab
Perkongsian: Niqab, hukum dan pelaksanaan
Haram Purdah???
Berniqab atau Tidak Berniqab?

Haaaa.. jgn lupa baca tau..

Moga kita akan membuat pilihan yang tepat...
Jangan Putus Berdoa...


LuahanKu


Aku GAGAL untuk menjadi anak yg solehah
Aku GAGAL untuk menjadi adik yang baik
Aku GAGAL untuk menjadi kakak yang sempurna
Aku GAGAL untuk menjadi sahabat yang sejati
Aku GAGAL untuk menjadi student yang cemerlang
Aku GAGAL untuk menjadi hamba yang taat
Dan Aku GAGAL untuk menjadi kekasih yang setia

Layakkah aku digelar seorang MUSLIMAH
Layakkah aku menjadi pemimpin, sedangkan memimpin diri sendiri pun aku tidak mampu,
Layakkah aku menjadi pejuang agama dan ummah, sedangkan memperjuangkan maruah keluarga pun aku GAGAL.
Layakkah aku Ya Allah???

Ya Tuhan, kau kuatkanlah keluargaku untuk menghadapi dugaan ini,mugkin ini cara Engkau memberi peringatan kepada kami.
Engkau kuatkanlah hati Kedua Ibu Bapaku Ya Allah...
Amiin Ya Rabb..


Saturday, 10 October 2015

SCHIZOPHRENIA

Assalamualaikum wbt...

Definition: Schizophrenia is a major psychotic disorder characterized by bizarre delusions, hallucinations, strange speech and behavior, and progressive decline in personal functioning.


Bila dengar je org Schizo, org gila, org ada masalah mental or org yg ada bipolar disorder mesti kita takut n rasa terancam kn? Tapi tolonglah.. kita sebenarnya tdk blh memandang mereka dgn jijik kerana mereka juga makhluk Allah n kita tdk tahu apa kisah disebaliknya.. dan mungkin jgk mereka lbh sempurna dr kita.. (mungkin laa)..

sejak aq belajar subjek mental health n aq knl beberapa org yg ada masalah mental ni... Aq rasa aq lbh bersyukur ttp selepas merasa malu kpd diri sndiri n Tuhan.. Sebab apa aq ckp aq malu kerana bila aq bersembang dgn diorg, diorang lbh banyak bersyukur dgn nikmat yg diberi spt makanan, keluarga, cinta n kasih syg. Sebab sometime kita yg rasa diri kita ni normal pn x nmpk nikmat2 yg besar apatah lg nikmat yg kecil kn??

Tapi ramai antara kita yg memandang mereka tanpa harga diri n merendah2kn mereka. Apa slh mereka kpd kita utk kita bersikap sedemikian rupa?? Mereka tdk pernah meminta utk jadi sedemikian rupa. Walaupun itu slh mereka sendiri spt mengambil dadah n sebagainya kita ttp tidak ada hak utk memandang serong kpd mereka krn at least mereka ada penyakit yg Allah berikan utk menghapuskan dosa2 silam mereka. Kita??? kita belum ttntu lagi dosa kita akan trhapus tambah lg dgn dosa dok mengata mereka? sempat ka kita nk mnta maaf dgn kwn2 sekeliling pn x trminta maaf ni kn pula dgn mereka yg x pasti bila akan berjumpa lagi.

So... sama2lah muhasabah diri jgn asyik mncari kesalahan dan kekurangan manusia lain.. krn kita bkn yg sempurna n xkan prnah jd sempurna. Buat apa berdendam krn mereka yg berdendam itu hanya menyakitkan hati sendiri..

Nota kaki:: Let's forget & Forgive to make sure we get the happily life...


Thursday, 10 September 2015

Kawin Paksa


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam #sehatisejiwa...

KAWIN PAKSA... bunyi pn macam dah seram dah kn.?!

Saya x tau la plak zaman yg serba canggih n moden ni ada jgk ibu bapa yg paksa anak kawin dgn org yg bkn pilihan hati. Nak tergelak pn ada saya rasa. Tak sangka kn??

Bagi saya la, ni pendapat peribadi saya. Tak sepatutnya ibu bapa memaksa anaknya kawin dgn pasangan yg bukan pilihan sbb bila something berlaku diakhir2 6t mesti anak tu akan blame their punya parents ats apa yg berlaku.. Ibu bapa nak ka mcm tu?? semestinya anak2 ni sebolehnya tak nak slhkan ibu bapa mereka di kemudian hari.

2nd, ibu bapa nak ka tgk anak2 mereka tak bahagia dgn hidup n keluarga sendiri? mesti xnak kn. Saya tak menentang jodoh pilihan keluarga, tapi biarlah pilihan keluarga tu disetujui oleh anak. It's more better right, sb kalau apa2 trjadi di kemudian hari pn, kita xkan slhkan sesiapa sbb kita sndiri yang buat pilihan.

Ni lah antara faktor penyebab anak2 lari dari rumah terutamanya anak2 perempuan yg masih remaja. Parahkan kes ni? Bila dah lari rumah tu, mereka akan terdedah dgn banyak lg masalah sebenarnya, tp remaja, dia xkan fikir semua tu yg penting dia blh terlepas dgn beban yg ditanggung.

Dalam hal ini jgk kita x blh nak totally slhkan parents, sbb mereka pn msti ada sbb trtentu yg menyebabkan mereka ambil keputusan mcm tu. Tapi yang penting kita sbg anak ni, jgn la smpai nk lukakan hati parents, sbb tanpa keredhaan mereka kita xkan mndapat keredhaan dari Allah swt. Jika tak suka, explain elok2 sbb mengapa kita tak suka. Slow talk is better than memberontak.

Nota Kaki: Hormatilah kedua Ibu Bapa... Think before action.

Thursday, 13 August 2015

REALITI INSAN by SANTEEKEE

Assalamualaikum... 

Tinta aku kali ni adalah untuk kongsi lirik lagu yang sngt memberi makna n menaikkan semangat, terutamanya kpd yg tgh struggle for something iaitu lagu REALITI INSAN by SANTEEKEE. Lagu ni komposer dia adalah Julfekar. Lagu ini juga dijadikan sbg lagu tema utk PROGRAM INTEGRASI ALUMNI V Generasi ke-16 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (KMP)dan jugak lagu tema baru, aku punya blog.. hahaha


Haaaa... sini liriknya... layan ek.. [^__^]

1..2..3.. enjoyyyyyyy...!!!!

Realiti Insan

Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak dibumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku rai
Harapanku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita & cinta

Ini bukanlah satu mimpi
atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti 
Keyakinan insan yang penuh misi

Satu janji didalam hati
Satu mimpi yang akan ku rai
Harapanku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita & cinta

Satu... Satu mimpi
Di dalam hidup ku ini
Satu... satu janji
Yang ku gapai pasti

Satu... satu mimpi
Didalam hidup ku ini
Satu... satu janji 
Yang ku gapai pasti

Ini bukanlah satu mimpi
atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah realiti
Keyakinan insan yang penuh misi

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi  yang akan ku rai
Harapanku dalam hidup ini
Ku ingin menggapai cita & cinta

Satu... satu mimpi
Didalam hidup ku ini
Satu... satu janji
Yang ku gapai pasti
(4X)


Haaa... ni laa lagu dia.. best.. 6t aku masukkan video dia sekali k.. InsyaAllah dgn tarian2 sekali.. 



Ni dia video.. siap ad tarian kitaorang sempena rehearsal untuk
PIA lagi.. huhuhu..

Act... menurut senior kitaorang gen 9.. menurutnya.. dia yang buat tarian ni.. n of course aku percaya.. sbb aku sntiasa respect dia.. sbb bagi aku dye mmg bagus... sangat bagus walaupun kadang2 ada jgk kami yg jr ni kena temberang.. haha..

Sekarang ni, lagu ni adalah lagu yang paling sentimental buat aku.. setiap kali dgr mesti teringt kat alumni2 terutamanya fasilitator PIA V and JK pelaksana.. Rinduuuuuuu sngt2...:'(

Tarian ni jgk sntiasa mengingatkan kebanyakkan kami kpd jeng...jeng..jeng... rahsia.. hahaha.. jgn marah :D [^_^']


That's all..
Assalamualaikum.. [^<^]


SUNYI :'(

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt [^_^]

Pernah tak korang rasa kesunyian??
Rasa sunyi... mcm korang je ad kt dunia ni??
Sekarang ni aku tgh rasa tu... dh la dok sorg2 kt surau usmkk ni... mane la semua org pergi? (org semua cuti la, balik umh.. even medic n dental student pn dh cuti).

Pada wktu ni la korang rasa menyesalnya kalau x hargai kawan.. hehe.. rugikn??
Pada wktu ni jgk la korang akn rasa sedih, bosan, boring (aikk bkn sama ka? hehe). 

So aku nasihatkn korang semua n diri aku sendiri ni, supaya hargailah org disekeliling kita walaupun diorang tu sngt annoying (annoying gilerr thp dewa sekalipun)kerana korang pasti akn menyesal when korang dh kehilangan mereka. Trust me, korang akn lg ingt org yg selalu brgaduh dgn korang dr mereka yg lg rapat (yg rapat pn ingt jgk tp x rasa bersalah).

Orang yg rapat dgn kita kita xkn ingt sebenarnya, tp kita akn rindu mereka.. hehe.. rindu sangat2..

orang yg selalu kita gaduh ni, kita akn ingt semua kata2 kita (lau aku bkn semua, sbhgian je.. sbb aku ni pelupa.. hehe). Kita juga akn rasa berslh n rasa bodoh n akn tanya diri sndiri " knapalah aku ni bergaduh, lau berbaik kn best.. harmoni jee).

Nota Kaki: Hargailah semua benda n orang disekeliling kita.. kerana ia lebih baik!!!

Wednesday, 12 August 2015

POTRET RAYA 2015


Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. walaupun bulan syawal dh nak tamat, tinggal beberapa hari je lagi, saya ttp nk wish.. hehehe..

Alhamdulillah dari sy kecik smpailah sy dh besar ni, sy masih blh menyambut hari raya bersama keluarga tercinta. Terima kasih Ya Allah.. [^__^]

Gambar sebahagian family aku, yg xde adalah 2 org kakak, kakak ipar,
abg ipar & anak buah kesayangan.


Sungguh rugi bagi mereka yg melepaskan peluang menyambut 1 syawal bersama ahli keluarga kn.. terutamanya yg masih ad kedua ibu bapa... Rugi...Ambillah peluang selagi masih ada kesempatan. 

Adik Qu puteh sy..
Percayalah setiap ibu bapa sngt2 inginkan setiap anaknya pulang dihari raya, walaupun dibibirnya mengukirkan senyuman sambil berkata " xpe la, kalau dh x blh balik nk buat mcm mane, mak ngn ayah ok je.." Sesungguhnya itu adalah tipu semata2 utk menyedapkan hati sendiri n hati ank2.

Tapi raya zaman sekarang ni dh x sama dgn raya zaman kita kecik2 dulukan.. dulu masa kecik2 suka sngt menziarah rumah jiran2 smpai rumah org yg x knl pn sanggup nk pergi.. huhu.. bkn apa sebenarnya.. saje pergi nk mntk duit raya.. haha.. [^_^']

Masa kecik jgk kita ad sngt banyak masa utk beraya dgn kawan2 kn.. sekarang ni masa tu dh xde dh, semua sibuk dgn hal masing2, cuma sempat utk menyampaikan ucapan sesama sendiri. sekarang ni juga tidak ada lagi kawan2 yg kirim kad raya, sbb kita sendiri pn tdk ad kesempatan untuk menulisnya.

Raya tahun niiii... aku banyak sngt berjalan2 dgn family,pergi kenduri tu, pergi kenduri ni... haa.. kenduri aku punya.. lambat lg, tgh tunggu calon, x tau bila nk muncul.. haha.. lgpun degree pn x hbs lg.. mcm mane nk kawen.. [^_^']
kakak ngn adik

satu2nya abg sy dgn isterinya..





Monday, 10 August 2015

RINDU????

Assalamualaikum...

Rinduuuu... rindunya aku pada bumi Perlis walaupun hanya setahun ku menetap utk belajar disana. Bumi yg sngt unik bg aku.. Unik?? hahaha.. maybe sbb ad KMP je. Lau x mungkin smpai sekarang aku xkn pernah menjejakkan kaki aku diibumi tersebut. Takdir Allah yang membawa aku kesana. Dan aku percaya takdir Allah jgk yg akan membawa aku pulang kesana walaupun setahun sekali.. hehehe..

Sungguh aku ingin kembali, kembali ke sana.

KMP!!!! KMP adalah tempat bermulanya kehidupan aku sebagai seorang pelajar & sebagai seorang remaja.KMP banyak mengajar aku tentang kehidupan. Mengajar aku tentang persahabatan. Mengajar aku hidup berdikari jauh dr keluarga.




29/07/2015 - 05/08/2015

Aku kembali ke KMP buat kali yang ke-3 sempena PROGRAM INTEGRASI ALUMNI. Aku tiba ke bumi PERLIS pada jam 6 pg 29 Julai. Perjalanan aku dgn bas ditemani oleh 3 org Alumni KMP yg lain iaitu, Abg Din, Azlan & Arifah. Abg Din adalah generasi ke-12 KMP, Lan & Arifah adalah generasi ke-14 KMP & aq adalah generasi ke-13 KMP. Walaupun aku hanya mengenali Lan n Abg Din saje time tu. Arifah walaupun aku blm knl dia, tp persepsi pertama aku terhadap dia adalah, Fah adalah seorang yang sngt garang, haha.. sbb suka sngt dok gaduh ngn Lan.. :D

Fah jd roommate aku utk program ni. Kitaorg tggl di Blok C1 102. 1st time tu mmg awkward la.. lpstu.. hmmm hanya Tuhan je tahu.. dh mcm bestfren forever dh. Ina & Mai terima kasih sbb sudi bwk jln p c-Mart.. hehe.. Rindu Korang semua sngt2.. Syg korang ketat2.




31/07/2015

Hari ni KMP ad smbut hari raya. Kitaorg sebagai Alumni dijemput khas ke majlis tersebut, tp still rasa awkward sbb dh lama x jumpa cg2 semua...

Mlm ni plak kitaorg geng fasi2 ni adalah latihan utk refreshment bersama adik2 PIA 6t... Lagu tema utk PIA ke-5 ni adalah lagu REALITI INSAN nyanyian kump SANTAKEE. Mlm tu jgk anyak aktiviti yg kami main dan itu semua menjadi kenangan yg xkan pernah aku lupakan.
Demi Allah aku rindu mereka...






01/08/2015

Pada mlm ni, bermulalah tugas kami sebagai Alumni & Fasilitator utk PIA. Kami memimbing adik2 PIA supaya mereka menjadi remaja yg cekal hati dan kuat semangat utk mencapai kejayaan, walaupun lahir dlm keluarga yg serba kekurangan. Aku sngt bangga dengan mereka.. 

To: Tulip Osem,

"Zamberi, Kamil, Aida, Bahjah, Shira, Husna, Mimi, Ain, Syu & Sitah. terima kasih kerana sudi dgr apa yg akak kongsikan, walaupun x seberapa. Terima Kasih adik2ku. Akak rindu korang sngt2. Akak tahu kamu semua anak2 yang kuat semangat, berusaha & terus berusahalah untuk mencapai kejayaan. Hanya diri kita sendiri yang mampu untuk mengubah nasib kita. Ingat, ttpkan matlamat hidup kamu semua. Ingat, jangan pernah lupa ibu & ayah dikampung, sentiasalah pohon doa dr mereka & mintalah keredhaan dr mereka. Sentisa doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita walaupun mereka sudah tiada". 




To: Semua Adik2 PIA

Sentiasa ingt pesanan abang2 & kakak2 fasi kamu. Jika ada kemusykilan sentiasa keep in touch dgn mereka. Anggaplah mereka sbg kakak2 & abg2 kamu sendiri. Tugas kami untuk membantu adik2. Kami sentiasa ersedia utk membantu kalian.

PIA berakhir pada 02/08/2015. cadangnya aq nk balik 4/8 tp adik kesayangan aku tu mntk balik 5/8, so blh balik sekali ngn dia. So melepak la aq kt HEP selama 2 hari.. hari 1st tu nasib baik ad AS. Lagipun As ad keje, so blh aq tlg dia kn.. Masa kt HEP plak Cik Bad suka usik aq ckp ' kesian dia tinggal sorang dh.. hehe'. Tu cik Bad, garang tp cute jee.. Kak Bie sorang lg, staf HEP, sngt Baik..

To: As

Tens As sebab sudi bwk Tien p jln2 walaupun tanpa sedar n kerana nak teman As je.. Hehe... Terima Kasih belanja teh O' beng. Rindu As.. <3 <3... As terima kasih sbb ingt birthday tien.

To: Kak Bie

Terima kasih kak Bie sbb sudi layan sy, walaupun k.bie maybe bru knl sy. Maaf sal biskut raya tu, hehe.. 6t tahun dpn InsyaAllah sy bwk lain k.. Rindu Kak Bie. Kak Bie tau x, sy hampir nangis baca ucapan birthday yg k.bie PM sy melalui FB, nasib baik masa tu kt CC lau x kompem nangis. Terima kasih k.bie.

To: Warga HEP

Terima Kasih kerana sudi terima kedatangan sy.. <3

To: KMP

Kenapa penangan kasihmu begitu kuat? sampai aku tidak dpt menahan rinduku pd mu. KMP terima kasih kerana menerima aq study disana walaupun aq tidak memilih mu sbg destinasi utk aku smbung belajar. Terima kasih kerana banyak mendidikku. KMP aku akan sentiasa merindui & akn kembali lagi..


Nota Kaki: KMP mu tunggu aku datang.. hehe.. #SadokanHati

Kenangan sepanjang aku berada di KMP:

































Sunday, 14 June 2015

Hargai dan Bersyukurlah


“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(QS. 14:7)

Assalamualaikum... Ni hao... Hello...

Sekarang ni musim exam, alamaklumlaaa student life kot.. haha.. *bajet pandai sat. 4 paper dh settle tinggl lg 5 paper to go. Moga Allah kuatkan hati untuk terus berusaha. 

Bila exam ni kn ramai kita dok dengar keluhan. mengeluh situ, mengeluh sini bukan nk kata kt org laa.. aq pn sama jgk mengeluh situ, sini.. ni x sempat baca, tu x sempat baca, xde gap antara paper laa.. mcm2 lg la.. banyak sngt lau nk state semua kt sini.

Bila keluar dewan lepas exam pn kita akan dgr lg keluhan2 yg boleh menunjukkan kita ni sbgai seorang hamba yg x bersyukur. Bkn nk kate kt org mmg aq pn sama je. Bila keluar dewan je, tu x sempat jawab, tu x tahu jwb, ni x ingt, tu x ingt. Sebenarnya sngt senang je utk kita rasa puas dan relax bila keluar dr dewan exam iaitu dgn bersyukur dan redha dgn benda yg dah lepas. Ok, bila kita bersyukur kita xkn pernah mengeluh dlm hidup kita dgn pelbagai cabaran dan dugaan yg diterima, kerana mmg sikap manusia suka meratapi benda yg tiada drpd menghargai benda yg ad didepan mata. seterusnya redha, untuk kita rasa tng mmg kita perlu redha, kerana bila kita redha hati kita automatik akn tng.

Cubalah untuk bersyukur dan redha kompem lps ni hidup kita akn jadi lebih tenang. Sebab dulu setiap kali keluar exam n aq x ley jwb exam tu, sesape je yg tegur aq msti aku marah.. badmood la katakan sbb xley jwb exam.. haha.. Tapi skrg aq dh tahu nk bersyukur dan aq tahu utk redha dgn ketentuan Allah SWT. Kerana mmg Allah telah janjikan bahawa "Dia akn memberikan apa yang diperlu oleh hambaNya dan bukan apa yang Diingini". Mungkin smpai skrg aq x berjaya dpt apa yg aq nk sbb Allah tahu aq akn menjadi seorg yg tidak bersyukur jika aq mendapatkannya.. dan Allah swt pn dh janjikan, semua doa hambaNya akn dimakbulkan, x kira cepat ataupn lambat. kalau x makbul jgk. Tu bermakna Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita.

Berusaha dan terus berusalah untuk mendapatkan sesuatu, tapi ingat jgn letakkan kepercayaan kita kpd usaha, kerana disebalik itu ad Allah yang akn menentukan hasil dr usaha itu. Jangan pernah putus asa untuk bergantung kepada Allah kerana Dia tidak pernah melupakan hambanNya. Hanya kita sbg hambanya yang sentiasa melupakkanNya. Andainya engkau sedar diri telah terPESONG, cepat2lah kembali ke jalan yang BENAR, sesungguhnya Allah sentiasa menunggu dan merindui taubat hambaNya.

InsyaAllah semoga Allah sentiasa REDHA dgn kita. Sentiasalah memohon keredhaan Allah swt. Amiin..

p/s I'm not a good in writing, but I really love to write.. If any mistake please let me know.                                                                                               

Wednesday, 20 May 2015

Hectic Day




Hai.. itu yang aku rasa hari ini, sbb hari ini sngat hectic dan semua benda berlaku tanpa diduga. Tapi Alhamdulillah ianya sudah selesai dengan jayanya, walaupun tdk berapa sempurna..

Tapi I learn something today, which is "Don't make something important at last minutes" because it was the worse thing that I ever done. And today I know who is the group member that know and willing to take responsible together.

Tapi dyeorang semua mmg terbaik.. terima je ape yang aku buat.. Thanks korang sbb tak merungut, but still aku rasa bersalah sbb kerja aku x sempurna. I'm so SORRY.

Reminder: Jangan buat kerja last minit, esp kerja berkumpulan dan kerja tu adalah benda yang kita x fhm sngt.. TAKE THIS AND KEEP IT IN MIND.

Saturday, 2 May 2015

Masa Lampau...

Masa lampau?? korang xde masa lampau ka?? x mungkin laa kn, sebab semua makhluk yang hidup diatas muka bumi ini pn ada masa lampau la. Terdapat banyak jenis masa lampau, ada yang happy :), sad :(, awesome, menakutkan, gelap, suram dan banyaklah. lau aq nk state semua kt sini mmg x hbs kn.

Tapi... tak semestinya diri kita @ cerita kita dimasa lampau tu akan sama. haa.. yg tu depend kt korang la cm mane nk bawak diri dan mencorakkan @ mereka cerita hidup masing2, tapi jgn lupa, kita hanya merancang dan hanya Allah yg akan tentukannya. Tapi Allah xkn bebankan hambaNYA kalau bukan diatas kemampuan kn.. sebab Allah lebih kenal kita daripada sesiapa pn, event diri kita sendiri. Allah tahu apa yang kita mampu dan apa yg kita x mampu tanggung, yang penting JANGAN LUPA ALLAH..

Tapi.. apa hak kita untuk pertikaikan masa lampau seseorang?? Orang yang dulu jahat, jahil event pembunuh sekalipn masih boleh berubah. kita xde hak untuk menghakimi mereka kerana masa lampau mereka. Kita yang baik ni, x semestinya xde DOSA, mustahil.. mungkin kita je rasa diri ni baik, tapi adakah Allah mengakui kita baik? jadi jgn trlampau bangga dgn diri sendiri walaupun tiap2 hari pergi masjid. Manusia yang sepanjang hidupnya x pernah buat kebaikkan, tapi when dia dh bertaubat dgn sebenar2 taubat,  dosa pn tiada dibadannya. So, apa hak kita untuk hukum orang yang berbuat dosa???

Aq pernah baca 1 status di FACEBOOK.. Betul kata si empunya status, "Orang yg sudah berubah kearah kebaikkan berusaha dan bersusah-payah utk melupakan sejarah hidupnya yg buruk, jgn pula kita mengungkitnya, kerana itu sangat menyakitkan". Jangan la kita judge orang berdasarkan masa lampaunya, kemungkinan ia lebih mulia daripada kita. "Don't Judge a Book by Its Cover".

p/s Jaga Hati, Jaga Iman, Jaga Lisan.. Kerana tanpa kita sedar kita menempah tiket ke NERAKA...Nauzubillah min Zalik..


Tuesday, 13 January 2015

Sahabat yang dicari

Assalamualaikum w.b.t

"susahkan untuk mencari sahabat yang betul2 memahami dan yang betul2 boleh dipercayai" bak kata pepatah 'kawan ketawa senag dicari, kawan menangis susah didapati'


haaaaa... tapi kita kena ingat.. adakah kita dah cukup baik untuk dapatkan kawan macam tu.. try reflect balik diri kita. macam mana kita layan kawan kita, macam mana kita pegang amanah dia. Adakah kita sudah cukup baik untuk Allah kurniakan kawan yang baik? sebenarnya apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita telah sumbangkan. pernah dengar pepatah inggeris ni? "what u give u will get back" so kalau kita buat baik, semestinya kita akan mendapat yang baik.

Bukan apa, aku dulu pn pernah hampir2 kehilangan seorang sahabat kerana kebodohan diri. Kerana kesilapan kecil yang kawan aku buat. Tapi mungkin ada silap aku jugak. Bila aku dapat tahu kawan aku ambil keputusan untuk pindah sekolah atas desakan keluarga, baru itu aku sedar aku akan kehilangan kawan aku jika aku tak minta maaf. Alhamdulillah sekarang kami dah kawan seperti dulu walaupun tidak seerat dahulu. So, andai kata sahabat kita buat silap, tegurlah seelok mungkin, jgn pernah meninggalkan mereka dan jangan pernah sakiti mereka.

Jagalah sahabatmu, sebagaimana kamu menjaga diri kamu sendiri. Mmg diwaktu mereka ada kamu tidak akan rasa bernilainya mereka, ttp bila mereka jauh disaat itulah kamu akan sedar betapa berharganya seorang sahabat.

~Free advice, take it or leave it...