MUSIC

Saturday, 21 November 2015

Nukilan Hati Seorang Pendosa


Tanggal 20hb November 2015,
berita yang sampai ibarat sebutir bomb nuklear yang singgah di hati setiap ahli keluarga aku.
Aku tidak menyangka yang keluarga aku akan menghadapi situasi seperti ini. tidak pernah sama, tidak sama sekali. Aku tidak menyangka, sngt2 tidak menyagka.

Aku berharap, setiap ahli keluargaku mampu menghadapi semua ini, kerana aku tahu, janji Allah itu pasti. "Allah tidak akan membebani seseorang hamba dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung.." Tetapi aku sangat terkilan kerana aku tidak mampu menemani ahli keluarga yang lain dirumah, kerana semester aku masih belum tamat.

Ya Allah, kau kuatkanlah hati setiap ahli keluargaku untuk mendepani cabaran ini. Mungkin ini juga balasan diatas kesilapan, kealpaan kami sendiri, dan Kau ampunkanlah dosa setiap dari kami. Sesungguhnya kami hanya bergantung kepadaMu. Ya Allah, aku tidak sanggup melihat titisan air mata kedua ibu bapaku. Kau kuatkanlah mereka, kau sihatkanlah mereka..

Kekadang aku malu kepadaMu, kerana aku sentiasa leka disaat kesenanganku, tetapi aku tahu, Kau tidak pernah melupakan hambaMu, dan aku berharap mulai dari saat ini, tiada lagi kelekaan disetiap hari2ku. Bila sekali fikir, aku bersyukur dengan dugaan yang menimpa, kerana aku tahu pasti Kau merindui tangisan dan rayuan dari kami, yang mungkin sudah lama meniggalkanMu.

Allah... jangalah Engkau lalaikan hati kami dgn kesenagan dunia yang Engkau limpahkan. kerana sesungguhnya kami tidak kuat. 

Ya Allah.. Kau ampunkanlah dosa aku, dosa keluargaku, dosa kedua ibu bapaku. Aku tahu, aku adalah seorang hamba yang sentiasa leka, sentiasa membuat dosa. Kau kuatkanlah hatiku semoga aku terus istiqomah dalam mencari keredhaanMu. 

Amiin... Ya Rabb

-Luahan Hati Seorang Pendosa-

No comments:

Post a Comment