MUSIC

Saturday, 21 November 2015

Nukilan Hati Seorang Pendosa


Tanggal 20hb November 2015,
berita yang sampai ibarat sebutir bomb nuklear yang singgah di hati setiap ahli keluarga aku.
Aku tidak menyangka yang keluarga aku akan menghadapi situasi seperti ini. tidak pernah sama, tidak sama sekali. Aku tidak menyangka, sngt2 tidak menyagka.

Aku berharap, setiap ahli keluargaku mampu menghadapi semua ini, kerana aku tahu, janji Allah itu pasti. "Allah tidak akan membebani seseorang hamba dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung.." Tetapi aku sangat terkilan kerana aku tidak mampu menemani ahli keluarga yang lain dirumah, kerana semester aku masih belum tamat.

Ya Allah, kau kuatkanlah hati setiap ahli keluargaku untuk mendepani cabaran ini. Mungkin ini juga balasan diatas kesilapan, kealpaan kami sendiri, dan Kau ampunkanlah dosa setiap dari kami. Sesungguhnya kami hanya bergantung kepadaMu. Ya Allah, aku tidak sanggup melihat titisan air mata kedua ibu bapaku. Kau kuatkanlah mereka, kau sihatkanlah mereka..

Kekadang aku malu kepadaMu, kerana aku sentiasa leka disaat kesenanganku, tetapi aku tahu, Kau tidak pernah melupakan hambaMu, dan aku berharap mulai dari saat ini, tiada lagi kelekaan disetiap hari2ku. Bila sekali fikir, aku bersyukur dengan dugaan yang menimpa, kerana aku tahu pasti Kau merindui tangisan dan rayuan dari kami, yang mungkin sudah lama meniggalkanMu.

Allah... jangalah Engkau lalaikan hati kami dgn kesenagan dunia yang Engkau limpahkan. kerana sesungguhnya kami tidak kuat. 

Ya Allah.. Kau ampunkanlah dosa aku, dosa keluargaku, dosa kedua ibu bapaku. Aku tahu, aku adalah seorang hamba yang sentiasa leka, sentiasa membuat dosa. Kau kuatkanlah hatiku semoga aku terus istiqomah dalam mencari keredhaanMu. 

Amiin... Ya Rabb

-Luahan Hati Seorang Pendosa-

Friday, 20 November 2015

Niqab?!

Assalamualaikum wbt. semuaaa..

Soal niqab ni, sy tidak tahu sangat, kerana saya bukan niqobis, tetapi saya juga tengah buat reseach ttg niqab ni... Saya sngt teringin untuk pakai niqab ttp, hati tidak kuat lagi. mugkin suatu hari nanti saya akan menjadi seorang 'niqobis' doa2kan ya sahabat semua. Memandangkan saya masih buat research lagi ttg niqab ni.. Ni saya share link ttg perkongsian Ukhty2 yang dah berniqab... 

Check it out....

Fatwa Hati
Kisah Wanita Berniqab
Perkongsian: Niqab, hukum dan pelaksanaan
Haram Purdah???
Berniqab atau Tidak Berniqab?

Haaaa.. jgn lupa baca tau..

Moga kita akan membuat pilihan yang tepat...
Jangan Putus Berdoa...


LuahanKu


Aku GAGAL untuk menjadi anak yg solehah
Aku GAGAL untuk menjadi adik yang baik
Aku GAGAL untuk menjadi kakak yang sempurna
Aku GAGAL untuk menjadi sahabat yang sejati
Aku GAGAL untuk menjadi student yang cemerlang
Aku GAGAL untuk menjadi hamba yang taat
Dan Aku GAGAL untuk menjadi kekasih yang setia

Layakkah aku digelar seorang MUSLIMAH
Layakkah aku menjadi pemimpin, sedangkan memimpin diri sendiri pun aku tidak mampu,
Layakkah aku menjadi pejuang agama dan ummah, sedangkan memperjuangkan maruah keluarga pun aku GAGAL.
Layakkah aku Ya Allah???

Ya Tuhan, kau kuatkanlah keluargaku untuk menghadapi dugaan ini,mugkin ini cara Engkau memberi peringatan kepada kami.
Engkau kuatkanlah hati Kedua Ibu Bapaku Ya Allah...
Amiin Ya Rabb..