MUSIC

Thursday, 9 June 2016

PELIK

Well.. isu ni isu yang common sekarang ni kan? Aku pun bukan tahu sangat pasal benda ni, sebab aku pun tak pernah alaminya.
Tapi, dulu ramai yang tak percaya yang aku tak pernah couple. Aku pun tak tahu kenapa, macam la couple tu wajib untuk semua orang.


Bagi aku benda tu tak perlu pun.. tapi aku tak cakap yang aku tak pernah ada perasaan nak couple.. Aku pun pernah suka kat orang, pernah ada crush.. tapi tak la sampai bercinta bagai.. hahaha. Kalau takde perasaan tu mungkin tak normal.. haha.. sebab perasaan ingin disayang dan dibelai tu kan fitrah.. 



Bila difikir-fikirkan, buat apa nak couple bercinta bagai.. tak rasa buang masa ka?? Sebab aku selalu dengar, " Alaa.. pakwe/makwe aku tu tak semestinya jodoh aku, tak semestinya akan jadi laki/wife aku..bla.. bla.." Tapi aku tak faham.. diorang tahu yang tu tak semestinya jodoh dia, tapi dok buang masa dan duit untuk orang tu buat ape??? hmmm.... pelik kan?? 



Zaman sekarang ni macam dah terbalik, benda yang patut dan wajib dibuat, bila orang buat nampak PELIK.. tapi bila benda HARAM dan tak perlu buat, bila orang buat dah jadi NORMAL. tak de pun orang cakap pelik. Macam orang tudung labuh pergi shopping, ramai orang yang pandang.. macam nampak alien, tapi bila yang pakai mencolok mata, takde sorang pun kisah.. PELIK... memang PELIK.


Tapi aku ni, jenis yang takde la sampai nak pulau orang yang buat salah.. sebab nobody is perfect, event aku yang tengah menulis ni pun, banyak sangat dosa, sangat..sangat banyak, cuma orang je yang tak tahu. tapi ingat ye.. kita takde hak untuk judge orang, semua orang mampu bertaubat. event orang yang tak pernah buat kebaikan pun, bila dia bertaubat, dia lebih mulia seperti bayi yang baru lahir. Suci, bebas dari dosa.

Dengan entri ni, mungkin orang boleh cakap yang aku ni berlagak baik dan cakap macam ni sebab aku tak bercinta, tapi sape cakap aku tak bercinta?? Hidup aku penuh dengan cinta dari family dan kawan-kawan dan aku bahagia.. huhu 


Entri ni just pendapat aku, apa yang aku rasa tak semestinya betul dan sama dengan apa yang orang lain rasa. So, aku tak marah kalau korang tak terima apa yang aku tulis ni. Lagipun, sebab aku memang suka menulis, bukan nak paksa orang baca pun, orang tak baca pun takpe.. tak kisah pun.. huhuhu..



Ok bye.. nak buka puasa dulu.. Selamat berpuasa dan berbuka semua.. <3



Adios... with LOVE

"Seorang Pendosa" 


Friday, 8 April 2016

Travelling Part 1 (PULAU LANGKAWI)

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


Ishhhh... lama dah tak manari-nari diatas keyboard ni.. hehe.. :D
Kali ni saya nak menari just nak kongsi pengalaman first saya berjalan-jalan ala-ala melancong (melancong sangat) dengan kawan-kawan satu course ke PULAU LANGKAWI pada 3/3/2016-5/3/2016.

Plan awal kitaorang nak pergi secara backpacking tapi ada kekangan disana-sini, jadi kami pergi biasa-biasa je.. sooo perbelanjaan tu memang melebihi dan sangat melebihi bajet.

Kami pergi 5 orang je, 3 bujang dan 2 dah berkahwin... hehe.. soo kami rasa secure la sikit at least ada orang yang lebih dewasa.. huhu.. :D Memang best, dan langkawi memang tempat yang best dan sesuai untuk release tension lepas penat belajar :P (hmmm.. penat kaa??).

Ni list activiti kami dan segala macam kemudahan termasuk penginapan dan kenderaan beserta kos tidak termasuk shopping:-

Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Perlis pergi dan balik
~Tiket bas RM 47.20 x 2/seorang

Feri Kuala perlis ke Pulau Langkawi pergi dan balik
~RM18 x 2/seorang

Penginapan di AMZAR MOTEL Satu malam
~RM 30/seorang x 5 orang

Sewa kenderaan (lupa sape owner :D)
~kereta Alza kot.. hehhe
~RM 50/seorang x 5 orang (kalau tak silap)

Cable car (saya ambik package sekali ngan 3D art museum)
~RM 57 (Combo B)
kalau asing-asing (without package)
~Cable car = RM30
~3D art Museum = RM30

Island Hopping (aktiviti paling best yang kami pergi)
~RM 25/seorang
~Tasik Dayang Bunting
~Bagi makan eagle (tak kompem nama tempat.. hehe)
~Pulau Beras Basah

Makan (kami tak makan banyak dan tak sempat pun nak jadi food hunter) sebab kekangan masa...
~+-RM30-RM40

Yang lain-lain banyak habis tang shopping coklat.. hahaha..

Actually, banyak lagi tempat best yang kami nak pergi tapi tak sempat, kalau nak travel satu pulau tu bagi puas, satu minggu InsyaAllah baru cukup.. haha

Target: nak pergi lagai nanti, sebab masih banyak tempat tak sempat nak selongkar kat Langkawi tu... 

p/s Okay.. gambar.. lain kali tambah.. hehe.. (malas nak godek folder).