"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
Ishhhh... lama dah tak manari-nari diatas keyboard ni.. hehe.. :D
Kali ni saya nak menari just nak kongsi pengalaman first saya berjalan-jalan ala-ala melancong (melancong sangat) dengan kawan-kawan satu course ke PULAU LANGKAWI pada 3/3/2016-5/3/2016.
Plan awal kitaorang nak pergi secara backpacking tapi ada kekangan disana-sini, jadi kami pergi biasa-biasa je.. sooo perbelanjaan tu memang melebihi dan sangat melebihi bajet.
Kami pergi 5 orang je, 3 bujang dan 2 dah berkahwin... hehe.. soo kami rasa secure la sikit at least ada orang yang lebih dewasa.. huhu.. :D Memang best, dan langkawi memang tempat yang best dan sesuai untuk release tension lepas penat belajar :P (hmmm.. penat kaa??).
Ni list activiti kami dan segala macam kemudahan termasuk penginapan dan kenderaan beserta kos tidak termasuk shopping:-
Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Perlis pergi dan balik
~Tiket bas RM 47.20 x 2/seorang
Feri Kuala perlis ke Pulau Langkawi pergi dan balik
~RM18 x 2/seorang
Penginapan di AMZAR MOTEL Satu malam
~RM 30/seorang x 5 orang
Sewa kenderaan (lupa sape owner :D)
~kereta Alza kot.. hehhe
~RM 50/seorang x 5 orang (kalau tak silap)
Cable car (saya ambik package sekali ngan 3D art museum)
~RM 57 (Combo B)
kalau asing-asing (without package)
~Cable car = RM30
~3D art Museum = RM30
Island Hopping (aktiviti paling best yang kami pergi)
~RM 25/seorang
~Tasik Dayang Bunting
~Bagi makan eagle (tak kompem nama tempat.. hehe)
~Pulau Beras Basah
Makan (kami tak makan banyak dan tak sempat pun nak jadi food hunter) sebab kekangan masa...
~+-RM30-RM40
Yang lain-lain banyak habis tang shopping coklat.. hahaha..
Actually, banyak lagi tempat best yang kami nak pergi tapi tak sempat, kalau nak travel satu pulau tu bagi puas, satu minggu InsyaAllah baru cukup.. haha
Target: nak pergi lagai nanti, sebab masih banyak tempat tak sempat nak selongkar kat Langkawi tu...
p/s Okay.. gambar.. lain kali tambah.. hehe.. (malas nak godek folder).
No comments:
Post a Comment